Perbezaan

PARFUM, EDP, EDT, COLOGNE

Ramai yang tidak perasaan tentang kategori wangian yang dijual di kompleks membeli belah atau butik-butik terkenal. Ada ditulis sebagai Parfum , EDP , EDT dan cologne.
Perbezaan nya adalah kepekatan minyak wangi berbanding kandungan alkohol dalam campuran.
























1.
PERFUME (PARFUM)
Kepekatan minyak wangi - 20% - 30%


Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi dan tidak sesuai diletakkan dalam botol jenis spray. Paling mahal dan mampu bertahan hingga 6-12 jam.



2.  EAU DE PARFUM  (EDP)
Kepekatan minyak wangi - 15% - 20%


Eau de Parfum lebih kurang sama dengan perfume cuma ia mengadungi peratusan alkohol yang lebih berbanding parfum. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada. Sesuai digunakan pada majlis / acara sebelah malam. Banyak didapati untuk wangian wanita.


3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Kepekatan minyak wangi - 5% - 15%



Eau de Toilette  EDT merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Banyak yang dijual untuk lelaki.. Kandungan alkohol yang lebih berbanding EDP memberikan aroma yang ringan dan tidak terlalu tajam. Sesuai digunakan untuk harian atau waktu bersantai bersama teman.



 4. COLOGNE
Kepekatan minyak wangi - 2% - 4%


Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain. Sesuai selepas mandi dan ia amat menyegarkan